Monday, October 18, 2010

Poligami

~ Pengertian poligami

Lelaki yang beristeri lebih daripada satu satu dipanggil poligami. Syariat telah membenarkan lelaki beristeri lebih daripada satu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

........Maka kahwinlah mana-mana perempuan yang kamu suka, dua, tiga atau empat. Jika kamu takut tidak dapat berlaku adil ( antara isteri-isterimu ) maka memadailah seorang sahaja. ( Surah al-Nisa': 3 )

~ Hikmah Islam membenarkan poligami

* Dapat mengelakkan daripada pergaulan bebas dan menghasilkan zuriat di luar nikah.
* Menjauhkan diri seseorang daripada melakukan maksiat apabila membuat perhubungan dengan permpuan lain selain isterinya.
* Memberi pembelaan kepada anak yatim dan janda yang kematian suaminya dan memerlukan perlindungan.
* Menyambung zuriat terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai anak.

~ Syarat poligami dalam Islam

* Lelaki perlu memahami konsep poligami bukannya untuk berseronok-seronok sebaliknya menjadikan dirinya seorang yang bertaqwa kepada Allah.
* Sentiasa berlaku adil kepada semua isterinya dari segi zahir dan batin.
* Mampu dari segi kesihatan dan pendapatan agar dapat menyara isteri-isterinya.

~ Maksud keadilan dalam poligami

* Layanan yang sama rata termasuk giliran bermalam dan tidak membanding-bandingkan isteri-isterinya.
* Berkemampuan melayan isterinya dalam semua hal.
* Memberi nafkah, tempat tinggal dan segala keperluan yang sama rata antara isteri-isterinya.

(diambil dari 'Hadiah Buat Muslimah'-Ustzh Siti Nor Bahyah) 

"Subhanallah...indahnya poligami ya andai suami dan isteri itu tahu akan peranan masing-masing...masih ramaikah wanita yang menolak poligami...?? Mungkin ya teman2 kan..?? Karena apa mereka menolak poligami..?? Menolak 'payung emas'...?? Emmm...pasti ada sebabnya...adakah mungkin karena sang suami tidak adil dalam poligami..?? Atau mungkinkah pilihan suami itu..aduuuh...seksa bangeet....?? Makanya..mereka menolak akan poligami...Ada juga yang menolak poligami terang-terangan...atas karena apa..?? Tidak mahu berkongsi suami katanya...Emm..bukankah ini sifat hamba yang takabbur..?? Na'uzubillah..."

"Wahai kaum Hawa juga para isteri..ketahuilah peranan kamu sebagai wanita juga isteri agar kau bisa menjadi wanita solehah juga wanita terbaik buat suami mu.."

"Wahai kaum Adam juga para suami...ketahuilah juga peranan kalian agar kalian bisa mendidik wanita juga isteri kalian menjadi wanita dan isteri solehah..."

"Subhanallah...moga kita semua bisa bahagia...walau pun ada atau yang akan berpoligami yaa... ^_^ maaf ya teman..andai sy salah..."

No comments: